• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mufti Perlis Santuni Mahasiswa Baru UniMAP Melalui Program Bicara Ad-Deen

Mufti Perlis Santuni Mahasiswa Baru UniMAP Melalui Program Bicara Ad-Deen

Kangar, 28 September 2025 – Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, dijemput menyampaikan Bicara Ad-Deen sempena Minggu Suai Kenal (MSK) Sarjana Muda Sidang Akademik 2025/2026 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program tersebut telah berlangsung di Dewan Besar, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, bermula jam 9.30 pagi.

Bicara Ad-Deen ini merupakan salah satu agenda utama MSK UniMAP yang bertujuan memperkenalkan mahasiswa baharu kepada kefahaman Islam yang sahih, selain memberi pencerahan berkaitan nilai keilmuan, akhlak dan peranan generasi muda dalam membangunkan masyarakat.

Melalui slot Bicara Ad-Deen, Mufti Negeri Perlis menyentuh kepentingan mahasiswa menghayati ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta mengaplikasikan prinsip tersebut dalam kehidupan kampus, keluarga, dan masyarakat.

Penganjuran Bicara Ad-Deen ini juga mencerminkan usaha berterusan antara UniMAP dan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah membentuk generasi mahasiswa yang berilmu, berakhlak mulia, serta berdaya saing.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 160
Semalam 743
Minggu Ini 903
Bulan Ini 16288

Keseluruhan 3322346

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  17/10/2025