• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mendidik Anak-Anak Menjadi Baik

Mendidik Anak-Anak Menjadi Baik
Kangar, 12 September 2025 – Mimbar Jumaat pada hari ini menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang baik, berjaya di dunia dan selamat di akhirat, melalui tajuk khutbah "Mendidik Anak-Anak Menjadi Baik."
 
Khutbah yang disampaikan menyeru para ibu bapa agar mempunyai matlamat yang jelas dalam mendidik anak-anak, iaitu bukan sekadar mengejar kejayaan duniawi, tetapi juga membentuk anak-anak yang beriman dan bertaqwa. 
 
Selain itu, khutbah turut mengingatkan bahawa suasana rumah memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk jiwa anak-anak. Rumah yang soleh digambarkan sebagai rumah yang bersih, teratur, jauh daripada pengaruh yang merosakan akhlak. 
 
Mimbar Jumaat turut memberikan perhatian kepada peranan ibu bapa sebagai teladan utama bagi anak-anak. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Sebagai contoh, jika seorang bapa menghisap rokok di hadapan anak-anak, ia memberi contoh yang buruk. Anak-anak yang melihat akan cenderung untuk meniru dan akhirnya terbiasa dengan perbuatan tersebut, walaupun ia jelas memberi kesan negatif kepada kesihatan dan akhlak. Khutbah mengingatkan bahawa kesan teladan yang buruk ini jauh lebih kuat dan mendalam berbanding nasihat secara lisan semata-mata.
 
Selain itu, khutbah turut menyentuh kepentingan percakapan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak. Ucapan yang lembut, penuh hormat, dan mendidik bukan sahaja membantu membentuk akhlak anak-anak, tetapi juga memperkukuhkan hubungan kasih sayang serta rasa hormat mereka terhadap ibu bapa. Kata-kata yang baik juga membina keyakinan diri anak-anak, menjadikan mereka berasa dihargai, dan memberi mereka panduan dalam berkomunikasi secara beradab dengan orang lain.
 

Pada akhir khutbah, khatib meperingatkan bahawa usaha mendidik anak-anak adalah satu tugas jangka panjang yang memerlukan kesabaran, doa yang berterusan, dan kesungguhan yang tidak pernah luntur.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.51 saat    Kemaskini :  26/9/2025