Kangar, 2 September 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Perlis.
Lawatan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis, Kangar, bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam aspek penguatkuasaan, kawalan serta tadbir urus hal ehwal agama Islam di negeri ini.
Sepanjang sesi perbincangan, beberapa cadangan penambahbaikan dan penyelarasan bersama telah diketengahkan, khususnya bagi mempertingkat keberkesanan pelaksanaan dasar dan penguatkuasaan berkaitan agama.
Jabatan Mufti Negeri Perlis amat menghargai kunjungan ini dan berharap hubungan erat antara agensi dapat terus diperkukuh demi kemaslahatan umat Islam serta keharmonian Negeri Perlis secara keseluruhannya.