• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Erti Kemerdekaan Seorang Mukmin

Erti Kemerdekaan Seorang Mukmin

Kangar, 29 Ogos 2025 – Mimbar di seluruh masjid Negeri Perlis hari ini bergema dengan seruan kesedaran dan penghayatan terhadap makna kemerdekaan yang sebenar, menerusi khutbah bertajuk "Erti Kemerdekaan Seorang Mukmin".

Khutbah tersebut menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi lebih mendalam melibatkan pembebasan jiwa daripada belenggu maksiat, kebatilan dan hawa nafsu.

Seorang mukmin yang benar-benar merdeka ialah individu yang membebaskan diri daripada syirik kepada tauhid, daripada tunduk kepada hawa nafsu kepada berakhlak mulia, daripada takut kepada manusia kepada takut hanya kepada Allah, daripada cinta dunia kepada cinta akhirat, serta daripada berpihak kepada kebatilan kepada berpegang teguh dengan kebenaran.

Khutbah jumaat juga turut disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis di Masjid Nurul Mukminin Alor Ara, Perlis bersempena keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis di masjid tersebut untuk menunaikan solat jumaat bersama rakyat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 163
Semalam 743
Minggu Ini 906
Bulan Ini 16291

Keseluruhan 3322349

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  17/10/2025