• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Malam Himpunan Bersama Gaza: Mufti Perlis Seru Umat Islam Bersatu Hati Bela Palestin

Malam Himpunan Bersama Gaza: Mufti Perlis Seru Umat Islam Bersatu Hati Bela Palestin
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2025 – Ribuan rakyat Malaysia menghadiri “Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza” di Dataran Merdeka malam ini, sebagai tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis.
 
Majlis yang diadakan bersempena Karnival Sumud Nusantara itu turut menampilkan Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Perlis) yang menyampaikan ucapan penuh keinsafan, menggesa umat Islam memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Gaza.
 
Dalam ucapannya melalui slot ‘Pentas Peduli Gaza’, beliau menegaskan bahawa penderitaan di Gaza adalah ujian iman yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
 
“Setiap daripada kita akan ditanya oleh Allah SWT pada hari akhirat nanti – apa yang telah kita lakukan ketika melihat saudara-saudara seagama dibunuh dengan begitu kejam? Solidariti ini bukan sekadar simpati, tetapi tanggungjawab yang wajib kita laksanakan,” katanya penuh emosi.
 
Turut hadir memberikan sokongan ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, YM Maulana Dato’ Haji Cik Wan Helmi Al-Hafiz (Penasihat Syariah MAPIM Malaysia), serta pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa komited dalam memberi sokongan terhadap isu ini.
 
Acara ini merupakan sebahagian daripada program Malam Himpunan & Selawat – Malaysiaku Bersama Gaza Sempena Sumud Nusantara, anjuran bersama MAPIM Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia, yang berlangsung penuh penghayatan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
 
Jabatan Mufti Negeri Perlis menyeru masyarakat agar terus menzahirkan solidariti melalui doa, bantuan dan kesedaran berterusan.
 
Gambar : Ihsan PRO Media Tajdid
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 163
Semalam 743
Minggu Ini 906
Bulan Ini 16291

Keseluruhan 3322349

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  17/10/2025