• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Daurah Ilmiah Bersama Tokoh Ilmuwan Yaman

Daurah Ilmiah Bersama Tokoh Ilmuwan Yaman

Kangar, 8 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menganjurkan program Daurah Ilmiah bersama tokoh ilmuwan tersohor dari Yaman, Sheikh Dr. Abdullah bin Umar bin Ma’ri. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Ogos 2025 itu telah diadakan di Masjid Alwi, Kangar.

Sheikh Dr. Abdullah bin Umar bin Ma’ri merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Universiti Islam Antarabangsa Yaman serta Pengelola Dar al-Hadith di Fiyush dan al-Shihr, Yaman. Kehadiran beliau ke Perlis membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk menimba ilmu secara langsung daripada tokoh ilmuwan hadith dan aqidah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pengajian kitab yang berlangsung setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang menumpukan kepada tiga buah karya penting, iaitu Kaedah Unggul Mengenai Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya Yang Indah, Risalah Tentang Tabarruk, Tawassul dan Perkara Berkaitan Khurafat, serta Peringatan Terhadap Fitnah Kubur. Penterjemah turut disediakan bagi memudahkan kefahaman peserta sepanjang daurah.

Program turut disemarakkan dengan dua sesi Tazkirah Maghrib yang diadakan pada 7 Ogos di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Repoh dengan tajuk “Penyakit Hati dan Penawarannya Menurut Islam”, serta pada 8 Ogos di Masjid Al-Arifin, Padang Katong bertajuk “Perbanyakkan Mengingati Pemutus Kenikmatan: Maut”.

Majlis penutup program telah berlangsung pada tengah hari 8 Ogos 2025 dan telah dirasmikan oleh Sahibul Fadilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Sheikh Dr. Abdullah atas kesudian beliau menyampaikan ilmu yang sangat berharga serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Sebagai kemudahan tambahan, kitab-kitab yang diajarkan turut disediakan dalam versi digital yang boleh dimuat turun oleh para peserta dan masyarakat umum melalui imbasan kod QR yang disediakan oleh pihak urus setia.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dan MAIPs dalam menyemarakkan budaya keilmuan dan memperkukuh kefahaman Islam kepada masyarakat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.71 saat    Kemaskini :  26/9/2025