• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Islam Mengajar Cara Berdoa yang Dimakbulkan

Islam Mengajar Cara Berdoa yang Dimakbulkan

Kangar, 8 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui khutbah Jumaat pada hari ini telah mengetengahkan tajuk "Islam Mengajar Cara Berdoa yang Dimakbulkan".

Khutbah yang disampaikan serentak di seluruh masjid di negeri ini menekankan kepentingan memahami cara, waktu, dan tempat terbaik untuk berdoa, agar doa lebih mudah diperkenankan oleh Allah SWT.

Antara perkara penting yang ditekankan dalam khutbah tersebut ialah keperluan untuk berdoa dengan penuh keyakinan dan tidak tergesa-gesa menuntut hasilnya. Umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan doa pada waktu-waktu mustajab seperti sepertiga malam terakhir, ketika sujud dalam solat, serta ketika dizalimi oleh orang lain.

Khatib turut menyentuh salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa, iaitu ketika turunnya hujan. Hujan merupakan antara waktu yang disebut dalam hadis sebagai saat turunnya rahmat Allah ke bumi, dan doa yang dipanjatkan pada waktu tersebut lebih dekat untuk dimakbulkan.

Khutbah juga mengingatkan jemaah tentang halangan-halangan yang boleh menyebabkan doa tidak dimakbulkan, antaranya ialah berdoa tanpa benar-benar bergantung kepada Allah, atau hanya mengingati Allah ketika ditimpa musibah tetapi melupakannya sewaktu senang dan lapang.

Sebagai penutup, khatib menyeru seluruh umat Islam agar tidak berputus asa dalam berdoa, bahkan terus istiqamah dan bersabar dalam memanjatkan doa kepada Allah SWT, dengan penuh harapan dan tawakal.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.05 saat    Kemaskini :  26/9/2025