• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Siri Ke-3

Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Siri Ke-3

Kangar, 5 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid al-Mukminin Kota Kayang telah berjaya menganjurkan Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis yang merupakan siri ketiga bagi tahun 2025.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam mendekati masyarakat, menyampaikan ilmu secara langsung, serta memberi ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara terus bersama pihak jabatan, khususnya Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis.

Antara pengisian utama program ialah sesi soal jawab bersama Mufti Negeri Perlis yang diadakan selepas solat fardu Maghrib. Sesi ini telah dikendalikan oleh Saudara Zaim Muzakkir bin Omar dan Saudara Amir Fikri bin Mohd Shukor selaku moderator. Pelbagai isu semasa serta panduan hukum telah dijelaskan dengan tuntas oleh SS Mufti Negeri Perlis. Pada akhir sesi, para jemaah turut diberi peluang untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada beliau.

Turut hadir dalam program ini ialah para pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis. Unit Penerbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis juga mengambil inisiatif dengan menyediakan serta mengedarkan bahan bacaan ilmiah secara percuma kepada para hadirin sebagai sebahagian daripada usaha memperluas capaian ilmu kepada masyarakat.

Program ini turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Pro Media Tajdid dan Suara Sunnah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.63 saat    Kemaskini :  26/9/2025