• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Jiran Disantuni, Vape Diharamkan – Intipati Khutbah Jumaat Negeri Perlis

Jiran Disantuni, Vape Diharamkan – Intipati Khutbah Jumaat Negeri Perlis
Kangar, 1 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui khutbah Jumaat hari ini telah mengetengahkan tajuk “Islam Menyuruh Berbuat Baik Kepada Jiran”, dengan penekanan terhadap pentingnya mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni, aman dan saling menghormati.
 
Antara intipati khutbah ialah anjuran agar umat Islam sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran, berkongsi rezeki, saling membantu ketika susah dan senang, serta menghormati hak-hak sesama jiran sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.
 
Dalam khutbah kedua pula, mimbar turut memberi perhatian serius terhadap isu penularan penggunaan rokok elektronik (vape) yang kian membimbangkan, terutamanya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.
 
Jabatan Mufti Negeri Perlis, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri, telah menjelaskan pendirian tegas mengenai isu ini dengan menyatakan:
 
“Islam melarang umatnya daripada menggunakan sebarang bahan yang terbukti membawa kemudaratan kepada diri atau orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Berdasarkan pandangan pakar kesihatan yang menyimpulkan bahawa penggunaan e-cigarette dan vape memberi kesan buruk kepada kesihatan individu dan persekitaran, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa pengambilan bahan tersebut adalah haram.”
 
Mimbar turut menyeru agar semua pihak,  ibu bapa, pendidik, masyarakat dan para pemimpin,  berganding bahu membanteras gejala ini demi masa depan generasi muda yang lebih sihat dan sejahtera.
 
Seiring dengan ketegasan ini, Kerajaan Negeri Perlis turut mengumumkan pengharaman penjualan vape dan rokok elektronik di seluruh negeri, selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan. Langkah ini bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai satu usaha bersama dalam memelihara nyawa, kesihatan dan kesejahteraan umat Islam di negeri ini.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.46 saat    Kemaskini :  26/9/2025