• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Taklimat Dan Penerangan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Negeri Perlis

Taklimat Dan Penerangan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Negeri Perlis

KANGAR, 30 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menganjurkan satu program Taklimat dan Penerangan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Negeri Perlis bertempat di Dewan Residensi, Kediaman Menteri Besar Perlis, bermula jam 9.00 pagi.

Program  ini diadakan bertujuan untuk memberi pencerahan dan penyeragaman dalam aspek pengurusan jenazah orang Islam di Negeri Perlis selaras dengan kehendak syarak serta garis panduan semasa pihak berkuasa agama negeri.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. 

SS Mufti menyatakan dalam ucapannya mengatakan  bahawa pengurusan kematian adalah perkara besar dalam kehidupan yang wajar diberi perhatian, kerana kematian mengingatkan kita tentang adanya undang-undang, hisab, dan balasan di akhirat, lalu mendorong kita berbuat kebaikan sepanjang hayat.

Pengisian program dimulakan dengan dua slot pembentangan oleh YBhg. Ustaz Abdul Kadir bin Sahak, Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis, yang menumpukan kepada aspek praktikal dan hukum-hakam berkaitan pengurusan jenazah.

Slot ketiga pula disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Nazri bin Mat Rejab, Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf dan Hartanah MAL MAIPs, yang memberi penerangan berhubung isu-isu berkaitan pengurusan hartanah dan wakaf berkaitan jenazah.

Jabatan Mufti Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penceramah serta pihak MAIPs atas kerjasama dalam menjayakan program bermanfaat ini demi kemaslahatan umat Islam di negeri ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.51 saat    Kemaskini :  26/9/2025