• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Apresiasi Petugas Perkampungan Sunnah Siri 10/2025

Apresiasi Petugas Perkampungan Sunnah Siri 10/2025

Bukit Keteri, 11 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Apresiasi Petugas Perkampungan Sunnah Siri 10/2025 di Teduhan Doa, Bukit Keteri, Perlis.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas yang telah menyumbang tenaga dan komitmen sepanjang penganjuran Perkampungan Sunnah Siri Ke-10 pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh SF Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim selaku penyelaras program. Beliau menyatakan bahawa kejayaan penganjuran ini adalah hasil kerjasama erat daripada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan masa tanpa mengenal penat lelah dalam melaksanakan tugas.

Pada majlis berkenaan, turut diberikan ruang kepada para petugas untuk menyampaikan pandangan dan cadangan demi penambahbaikan program pada masa akan datang. Langkah ini merupakan usaha berterusan ke arah penganjuran program yang lebih baik, teratur, dan memberi impak yang lebih besar.

SS Mufti Negeri Perlis turut menyampaikan ucapan penghargaan dan berharap kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi kepentingan bersama dalam merealisasikan agenda yang telah dirancang.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati kepada semua tetamu yang hadir.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.70 saat    Kemaskini :  26/9/2025