• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Sesi Taklimat dan Pencerahan Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Negeri Perlis

Sesi Taklimat dan Pencerahan Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Negeri Perlis

Kangar, 10 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Pencerahan Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Negeri Perlis bertempat di Bilik Gerakan 1, Kompleks Seri Putra, Kangar.

Taklimat ini bertujuan memberikan penjelasan terperinci kepada pihak-pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan acara persembahan hiburan di Negeri Perlis. Garis panduan berkenaan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-22/2016 dan diperakukan oleh Mesyuarat MAIPs Bil. 3/2016.

Antara agensi yang hadir dalam sesi ini ialah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Cawangan Perlis), serta wakil-wakil daripada universiti-universiti di negeri ini.

Sesi taklimat telah dipengerusikan oleh Exco Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia, YB Tuan Azmir bin Azizan. Turut hadir, Exco Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Luar Bandar, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah.

Dalam ucapannya, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis menekankan beberapa panduan penting berkaitan hiburan, antaranya keperluan untuk memastikan pematuhan terhadap syariat Islam, penjagaan akidah, akhlak dan syiar Islam. Beliau menjelaskan bahawa pada asalnya, persembahan hiburan adalah harus dalam Islam kerana ia termasuk dalam fitrah manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Namun begitu, persembahan hiburan boleh menjadi haram sekiranya mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Justeru, setiap acara hiburan hendaklah disusun dan dilaksanakan selaras dengan panduan yang telah ditetapkan.

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab bersama Mufti Negeri Perlis, di mana para peserta berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut tentang isu-isu berkaitan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.39 saat    Kemaskini :  26/9/2025