• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Jalin Kerjasama, Mufti Negeri Pulau Pinang Lakukan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Perlis

Jalin Kerjasama, Mufti Negeri Pulau Pinang Lakukan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Perlis

Bukit Keteri, 4 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Ariff Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, bersama barisan pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis di kediaman Mufti Negeri Perlis.

Kunjungan ini bertujuan mempererat hubungan dua hala serta membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua jabatan pada masa hadapan. Hal ini selaras dengan peranan Jabatan Mufti sebagai pusat rujukan utama dalam urusan hal ehwal agama Islam.

Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai beberapa program yang berpotensi untuk dianjurkan bersama demi manfaat umat Islam di negara ini.

Sebagai tanda penghargaan, pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderamata oleh Mufti Negeri Perlis kepada Mufti Negeri Pulau Pinang dan seluruh delegasi yang hadir.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.42 saat    Kemaskini :  26/9/2025