• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Tokoh Dunia Islam: Mufti Perlis Terima Pengiktirafan Antarabangsa Di Indonesia

Tokoh Dunia Islam: Mufti Perlis Terima Pengiktirafan Antarabangsa Di Indonesia

Pekanbaru, Indonesia | 28 Jun 2025 Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, telah menerima Anugerah Internasional Muhammadiyah – Tokoh Dunia Islam dalam satu majlis rasmi Sidang Senat Terbuka Sempena Milad Ke-17 Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI) yang berlangsung di Pekanbaru, Indonesia.

Anugerah berprestij ini merupakan salah satu bentuk penghormatan tertinggi yang diberikan oleh pihak Universitas Muhammadiyah Riau.

Pihak penganjur menyatakan bahawa pemilihan Sahibus Samahah dibuat berdasarkan ketokohan beliau dalam menyampaikan gagasan pemikiran Islam yang berteraskan hujah dan pendekatan berintelektual yang memberi impak luas kepada masyarakat Islam serantau.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah sebagai simbol pengiktirafan terhadap sumbangan Sahibus Samahah  Dato' Mufti dalam memperkasakan wacana dakwah Islam.

Pengiktirafan ini turut mengangkat nama Negeri Perlis  ke peringkat antarabangsa, sekali gus membuktikan bahawa pendekatan dakwah berteraskan hujah dan ilmu mampu merentas sempadan dan budaya.

Sebagai tanda penghargaan, seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Perlis turut merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sahibus Samahah Prof. Dato’ Mufti atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Semoga beliau terus dikurniakan kekuatan dan hikmah dalam menyampaikan risalah Islam yang murni dengan penuh integriti, hikmah dan kebijaksanaan.

Gambar : PROmedia TAJDID

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  26/9/2025