• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Berakhlak Di Jalan Raya Suatu Tuntutan Dalam Islam

Berakhlak Di Jalan Raya Suatu Tuntutan Dalam Islam

Kangar, 13 Jun 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengangkat satu tajuk penting iaitu “Berakhlak di Jalan Raya: Suatu Tuntutan dalam Islam”. Tajuk ini diketengahkan sebagai usaha pihak Jabatan untuk memberikan panduan berkaitan cara-cara berakhlak mulia ketika berada di jalan raya.

Antara perkara yang dinyatakan dalam khutbah tersebut ialah larangan menzalimi dan menyusahkan orang lain. Kezaliman di jalan raya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya memotong barisan, memandu secara berbahaya, membunyikan hon dengan tujuan menakut-nakutkan, atau meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan orang ramai.

Khatib turut menyampaikan pesanan tentang larangan mengganggu hak orang lain, tergopoh-gapah di jalan raya, serta mengeluarkan kata-kata kesat semasa memandu.

Jabatan Mufti Negeri Perlis juga telah mengeluarkan keputusan yang tegas dan jelas berkaitan kemudaratan di jalan raya akibat kecuaian. Antara perkara yang dinyatakan dalam fatwa tersebut ialah: jika kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu, maka pemandu bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kemudaratan yang berlaku, sama ada melibatkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda. Sekiranya membabitkan kehilangan nyawa, pemandu boleh dikenakan hukuman berikut:

   1. Diyāt, iaitu denda sebagai ganti terhadap nyawa yang dibayar kepada waris si mati (mangsa kemalangan), kecuali jika waris mangsa memberi kemaafan.

  2. Kafārah, iaitu memerdekakan seorang hamba yang beriman. Jika tiada, maka hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

 Khatib turut berharap agar umat Islam, khususnya para pemandu, sentiasa bersabar, berakhlak mulia dan menginsafi bahawa setiap perbuatan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 68
Semalam 581
Minggu Ini 68
Bulan Ini 8659

Keseluruhan 3247536

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  11/7/2025