• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Islam Anjur Amalan Soleh Pada 10 Hari Terawal Zulhijjah

Islam Anjur Amalan Soleh Pada 10 Hari Terawal Zulhijjah

Kangar, 30 Mei 2025 – Bersempena dengan kemasukan bulan Zulhijjah, Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengangkat tema berkaitan kepentingan melaksanakan amalan soleh pada 10 hari terawal Zulhijjah.

Hal ini demikian kerana, dalam keseluruhan tempoh sepanjang tahun, tiada masa yang lebih utama untuk memperbanyakkan amalan soleh melainkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Khutbah mimbar turut menyenaraikan beberapa amalan utama yang digalakkan, antaranya melaksanakan ibadah haji bagi yang berkemampuan, serta memperbanyakkan zikir seperti takbir, tahlil dan tahmid. Amalan zikir ini sangat dituntut sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah dan diteruskan juga pada Hari-Hari Tasyriq, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Selain itu, umat Islam diseru memperbanyakkan amalan soleh yang lain, seperti berpuasa pada Hari Arafah dan melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan.

Khutbah turut menekankan pentingnya umat Islam merebut peluang yang telah Allah SWT buka seluas-luasnya untuk menggandakan amalan soleh, menyucikan jiwa dan meraih keredhaan-Nya.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  26/9/2025