• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah Tahun 1446H / 2025M Disempurnakan Di Kuala Perlis

Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah Tahun 1446H / 2025M Disempurnakan Di Kuala Perlis

KUALA PERLIS, 27 Mei 2025 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, telah hadir menyaksikan penandatanganan pengesahan Rukyah Hilal Zulhijjah 1446H oleh Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Perlis sempena Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1446H / 2025M yang berlangsung di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Agama Negeri Perlis.

Rukyah Hilal Zulhijjah merupakan salah satu program asas yang amat penting bagi penetapan awal bulan Zulhijjah 1446H, yang seterusnya menentukan tarikh 10 Zulhijjah 1446H sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara.

Majlis perasmian ini telah diadakan pada 27 Mei 2025 bersamaan 29 Zulkaedah 1446H di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis – stesen rasmi Rukyah Hilal Negeri Perlis.

Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Perlis telah dipertanggungjawabkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk menjalankan kajian serta analisis data almanak astronomi berkaitan kewujudan hilal pada waktu matahari terbenam, berdasarkan Kriteria Imkanur Rukyah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.26 saat    Kemaskini :  26/9/2025