• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Jumaat Sempena Jubli Perak Angkat Tema ‘Pemerintahan Yang Adil Dan Ihsan’

Khutbah Jumaat Sempena Jubli Perak Angkat Tema ‘Pemerintahan Yang Adil Dan Ihsan’

KANGAR, 18 April 2025 – Sempena sambutan Jubli Perak, memperingati 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, khutbah Jumaat di seluruh Negeri Perlis pada hari ini telah menyampaikan mesej bertemakan “Pemerintahan yang Adil dan Ihsan.”

Khutbah khas ini menekankan bahawa keadilan dan ihsan merupakan dua nilai teras dalam pemerintahan Islam. Nilai ini bukan sahaja penting dalam kehidupan individu, malah menjadi asas utama dalam hubungan antara pemimpin dan rakyat. Pemerintahan yang adil menjamin kestabilan, keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara, manakala ihsan pula memperindahkan keadilan dengan sifat kasih sayang, keprihatinan, dan keikhlasan dalam pelaksanaan tanggungjawab kepimpinan.

Dalam konteks ini, ihsan bererti pemimpin bukan hanya melaksanakan undang-undang dan menunaikan hak kepada yang berhak, bahkan melakukannya dengan rasa belas kasihan serta usaha berterusan untuk membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Mesej khutbah hari ini  turut menzahirkan rasa syukur atas limpahan keamanan dan keharmonian yang mewarnai pemerintahan Baginda Tuanku. Umat Islam diseru agar terus memelihara nikmat ini dengan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

Islam juga meletakkan pemerintah pada kedudukan yang tinggi. Ketaatan kepada pemimpin dalam perkara makruf adalah satu tuntutan yang ditekankan oleh agama. Bahkan, Allah SWT dalam al-Quran telah menggandingkan ketaatan kepada-Nya dan Rasul dengan ketaatan kepada ulul amri (pemerintah).

Dengan penghayatan terhadap nilai-nilai keadilan dan ihsan dalam pemerintahan, diharapkan Negeri Perlis akan terus menikmati keberkatan, kemajuan dan keharmonian di bawah naungan pemerintahan Tuanku Raja yang dikasihi.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 711
Semalam 801
Minggu Ini 2210
Bulan Ini 11740

Keseluruhan 3201671

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  14/5/2025