• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Umat Islam Palestin Di Gaza Terus Dizalimi

Umat Islam Palestin Di Gaza Terus Dizalimi
Kangar, 11 April – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan Teks Khutbah Jumaat bertajuk “Umat Islam Palestin di Gaza Terus Dizalimi” sebagai respon terhadap serangan berterusan serta sekatan kemanusiaan yang dikenakan oleh tentera Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
 
Khutbah tersebut menekankan bahawa umat Islam tidak boleh berdiam diri terhadap penderitaan saudara seakidah di Gaza. Sekatan ketat telah menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar, manakala negara-negara Arab pula dilihat membisu atau bersekongkol dalam sekatan tersebut. Malah, terdapat ulama di negara-negara jiran Gaza yang mengeluarkan fatwa menghalang kebangkitan umat Islam  untuk membela Gaza.
 
Justeru, umat Islam diseru untuk membantu dengan apa jua kekuatan yang ada – sama ada melalui doa, harta, lisan mahupun kesedaran. Usaha kecil seperti bersedekah, menyebarkan maklumat yang benar dan berdoa selepas solat tidak harus dipandang ringan.
 
Sehubungan itu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, merangkap Tuanku Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), telah menitahkan agar Qunut Nazilah dibacakan pada rakaat terakhir solat lima waktu di seluruh masjid dalam Negeri Perlis bermula Subuh, 9 April 2025 (Rabu) yang lalu.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 45
Semalam 691
Minggu Ini 3049
Bulan Ini 15870

Keseluruhan 3179024

   Masa Capaian : 0.76 saat    Kemaskini :  16/4/2025