• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Titah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Berkaitan Arahan Membaca Qunut Nazilah Ekoran Serangan Dan Sekatan Bekalan Kemanusiaan Ke Gaza, Palestin

Dengan limpah perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan oleh tentera israel dan pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin di bumi Gaza, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Negeri Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat 5 waktu bermula daripada waktu Subuh, 9 April 2025 (Rabu) bersamaan 10 Syawal 1446H sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Contoh lafaz doa Qunut Nazilah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah seperti yang dilampirkan.

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
Bertarikh : 8 April 2025 bersamaan 9 Syawal 1446H
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 23
Semalam 691
Minggu Ini 3027
Bulan Ini 15848

Keseluruhan 3179002

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  16/4/2025