• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Keajaiban Qiyamullail

Keajaiban Qiyamullail

Kangar, 18 Mac 2025– Jabatan Mufti Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan 'Seminar Keajaiban Qiyamullail' bertempat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Seminar ini diurus setiakan oleh Institut Sunnah dan Irsyad (ISNAD) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ),  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Seminar ini bertujuan memberikan kefahaman serta galakan kepada umat Islam agar menjadikan amalan qiyamullail sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Beberapa siri pembentangan telah diadakan, termasuk Maqasid Qiyamullail, Hukum-Hakam Berkaitan Qiyamullai, dan Bagaimana Salaf Mempraktikkan Qiyamullail.

Antara pembentang yang diundang ialah YBhg. Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Pengasas Akademi al-Quran Imam al-Syafie (AQIS). Turut diundang sebagai panel  Dekan dan Timbalan Dekan Pascasiswazah & Penyelidikan Fakulti al-Quran dan Sunnah UniSIRAJ iaitu YBhg. Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin dan YBhg. Ustaz Ali Bin Abdul Jalil.  

SS Mufti Negeri Perlis turut hadir menyampaikan ucaptama di dalam seminar tersebut. Dalam ucapannya, SS. Mufti Negeri Perlis menekankan bahawa Allah memperuntukkan waktu untuk hamba-Nya berbicara dengan-Nya. Oleh itu, seorang Muslim yang benar-benar memiliki sifat kehambaan seharusnya mengambil peluang untuk bangun solat malam, mengadu segala permasalahan, serta memohon kepada Allah. Qiyamullail akan menghadirkan keajaiban bagi mereka yang istiqamah dalam mengamalkannya. 

Seminar ini dihadiri oleh guru-guru KAFA, guru-guru agama Islam di Perlis, kakitangan awam, serta masyarakat umum.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 57
Semalam 691
Minggu Ini 3061
Bulan Ini 15882

Keseluruhan 3179036

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  16/4/2025