• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Raja Muda Perlis Ketuai Delegasi Eks PerBah 2025

 Raja Muda Perlis Ketuai Delegasi Eks PerBah 2025

KUDAT: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat berangkat tiba bagi mengetuai lawatan kerajaan negeri ke Sabah (Eks PerBah) 2025 selama empat hari bermula, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Muhammad Ikhwan Ghulam Jelani dan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Mastina Ibnu Hassan.

Baginda diiringi sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Rahimi Ismail, Penasihat Undang-Undang negeri, Yang Zaimey Yang Ghazali serta dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri iaitu Muhammad Azmir Azizan dan Mohd Ridzuan Hashim.

Turut serta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Sewaktu memulakan lawatannya, Tuanku Syed Faizuddin berkenan mengadakan kunjungan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, di sini.

Di samping itu, baginda juga berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Masjid Ibnu Battuta Pangkalan TLDM.

Program lawatan tahunan itu bertujuan untuk memberikan sokongan institusi raja serta negeri Perlis bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan untuk meningkatkan moral dan semangat kepada pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas di perbatasan negara.

Hubungan kerajaan negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dapat dieratkan dalam menyokong usaha jiwa murni dan titian kasih khususnya terhadap penduduk Sabah yang berada di kawasan gerakan pasukan keselamatan.

Delegasi dari Perlis juga akan melaksanakan tugas-tugas amal bersama rakyat negeri Sabah melalui beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa lokasi terpilih.

Sumber : UTUSAN

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 52
Semalam 658
Minggu Ini 2183
Bulan Ini 6082

Keseluruhan 3244959

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  08/7/2025