• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Ramadan : Bulan Keampunan Dan Rahmat

Ramadan : Bulan Keampunan Dan Rahmat
Perlis, 7 Mac 2025 – Umat Islam di Negeri Perlis pada hari ini diingatkan tentang keampunan dan rahmat Allah SWT, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
 
Dalam khutbah tersebut, dinyatakan bahawa pintu-pintu neraka ditutup. Keadaan ini menunjukkan peluang keampunan yang besar bagi mereka yang ingin bertaubat. Syaitan-syaitan juga dibelenggu, memberikan kemudahan kepada orang beriman untuk meningkatkan amal soleh tanpa banyak godaan.
 
Selain itu, dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar. Malam ini merupakan peluang keemasan untuk meraih keampunan serta pahala yang berlipat ganda.
 
Khutbah tersebut juga menggalakkan umat Islam agar mempertingkatkan amal ibadah dan menjaga akhlak sebagai seorang Muslim supaya pahala puasa tidak menjadi sia-sia.
 
Hal ini demikian kerana tujuan puasa adalah untuk mendidik jiwa serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
 
Umat Islam turut diseru agar menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Ia bukan sekadar solat sunat biasa, tetapi merupakan peluang besar untuk meraih ganjaran seperti seseorang yang beribadah sepanjang malam, walaupun hakikatnya dia hanya melaksanakan solat bersama imam untuk beberapa ketika sahaja. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
 
"Sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan solat malam (tarawih) bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan baginya pahala seperti solat sepanjang malam."

(Hadis Sahih, Riwayat At-Tirmizi)

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 58
Semalam 658
Minggu Ini 2189
Bulan Ini 6088

Keseluruhan 3244965

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  08/7/2025