• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bicarawara 'Jihad Perangi Diri Sendiri' Sempena Ehya Ramadan Anjuran Jabatan Penyiaran Perlis

Bicarawara 'Jihad Perangi Diri Sendiri' Sempena Ehya Ramadan Anjuran Jabatan Penyiaran Perlis
Kangar, 27 Februari – Jabatan Penyiaran Perlis telah menganjurkan program bicarawara bertajuk 'Jihad Perangi Diri Sendiri' sempena Program Ehya Ramadan yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Program ini menampilkan SS Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis  sebagai penceramah utama dan dimoderatorkan oleh YBhg.  Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis.
 
Program bicarawara ini diadakan bertujuan untuk memberi pencerahan kepada peserta mengenai konsep jihad dalam konteks perjuangan menentang kelemahan diri serta memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. SS Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri dalam ucapannya menekankan kepentingan mujahadah diri dalam menghadapi cabaran kehidupan, selain menyeru kepada peningkatan amalan ibadah dan pengukuhan jati diri Muslim.
 
Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Encik Fathilhidayat bin Ghazali, Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis, yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha penganjuran program berbentuk keilmuan ini dalam menyemarakkan sambutan Ramadan.
 
Peserta yang hadir terdiri daripada golongan ibu tunggal sekitar Perlis serta kakitangan Jabatan Penyiaran Perlis. Kehadiran mereka mencerminkan kesungguhan dalam menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan spiritual menjelang bulan suci ini.
 
Di akhir acara, satu majlis penyampaian sumbangan keperluan Ramadan telah diadakan bagi membantu ibu tunggal yang terlibat. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Ramadan serta memberi motivasi untuk terus tabah menghadapi cabaran kehidupan.
 

Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta serta menyemarakkan lagi semangat keagamaan dalam kalangan masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 186
Semalam 571
Minggu Ini 1539
Bulan Ini 10130

Keseluruhan 3249007

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  14/7/2025