• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Al-Quran Sebagai Pedoman Hidup

Al-Quran Sebagai Pedoman Hidup

KANGAR, 25 Februari 2025 – Mufti Negeri Perlis telah menyampaikan Tazkirah Khas sempena Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.

Dalam tazkirah tersebut, Mufti Negeri Perlis menekankan bahawa setiap umat Islam berkewajipan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Beliau turut menegaskan bahawa kemukjizatan al-Quran akan sentiasa terpelihara. Menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup adalah suatu keperluan penting, di mana membaca, memahami, dan mengamalkan ajarannya merupakan jaminan keselamatan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Majlis tersebut turut dimuliakan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Turut berangkat ialah DYTM Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

Dalam majlis ini, DYMM Tuanku Raja Perlis berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Tilawah al-Quran dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 65
Semalam 581
Minggu Ini 65
Bulan Ini 8656

Keseluruhan 3247533

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  11/7/2025