• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Raja Perlis Berkenan Menyampaikan Tauliah Kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 2025

Raja Perlis Berkenan Menyampaikan Tauliah Kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 2025

Arau, 24 Februari 2025 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, berkenan menyampaikan tauliah kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bagi tahun 2025 dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Hijau, Istana Arau, pada jam 11.00 pagi.  

Seramai 14 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah menerima tauliah daripada Baginda. Kesemua ahli yang dilantik memiliki kepakaran tersendiri serta berkeupayaan menghasilkan kajian fatwa yang berkualiti tinggi. Peranan mereka amat penting dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan dan memberikan panduan kepada umat Islam, khususnya di Negeri Perlis.  

Dalam majlis yang sama, DYMM Tuanku Raja Perlis menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta komitmen AJK Fatwa dalam menjayakan sesuatu fatwa. Baginda turut menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan di Negeri Perlis sering menjadi rujukan masyarakat, malah turut dirujuk oleh negeri-negeri lain. Oleh itu, Baginda berharap agar setiap fatwa yang dikeluarkan berlandaskan nas yang kukuh dan sahih.  

Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asril Bin Zainul Abidin, memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat DYMM Tuanku Raja Perlis melalui kepimpinannya dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.  

Sejurus selepas menerima watikah tauliah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-72 di Kangar, bermula pada 24 Februari hingga 25 Februari 2025. Pelbagai isu semasa akan dibincangkan dalam mesyuarat ini berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah, selaras dengan pendekatan fatwa Perlis yang progresif dan sering menjadi rujukan di dalam serta luar negeri.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 658
Minggu Ini 2197
Bulan Ini 6096

Keseluruhan 3244973

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  08/7/2025