• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Raja Perlis Berlangsung Di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Raja Perlis Berlangsung Di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Kuala Perlis, 21 Februari 2025 – Majlis Pelancaran Logo Rasmi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berlangsung dengan penuh istiadat di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Kuala Perlis.

Keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis menyerikan majlis ini, mencerminkan keprihatinan baginda terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Selepas pelancaran, baginda turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Khutbah Jumaat bertajuk "Hubungan Antara Pemerintah dan Rakyat" telah disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis, yang menekankan kepentingan ketaatan kepada pemimpin dalam perkara yang baik serta peranan rakyat dalam memelihara keamanan dan kestabilan negeri.

Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap DYMM Tuanku Raja Perlis, yang telah memimpin negeri dengan cemerlang selama 25 tahun, memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri terus terpelihara.

Sepanjang pemerintahan baginda, Perlis terus berkembang sebagai sebuah negeri yang makmur dan harmoni, didukung oleh pentadbiran berteraskan nilai-nilai Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Keprihatinan baginda dalam menjaga kebajikan rakyat serta menegakkan keadilan telah menjadi tunjang utama kestabilan dan kesejahteraan negeri ini.

Majlis ringkas tetapi bermakna ini diadakan sebelum solat Jumaat dan turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri, serta ketua-ketua jabatan negeri Perlis. Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis juga hadir bagi meraikan majlis bersejarah ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 168
Semalam 571
Minggu Ini 1521
Bulan Ini 10112

Keseluruhan 3248989

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  14/7/2025