• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Jumaat Negeri Perlis Tekankan Hubungan Pemerintah Dan Rakyat

Khutbah Jumaat Negeri Perlis Tekankan Hubungan Pemerintah Dan Rakyat
Kuala Perlis, 21 Februari 2025 – Masjid seluruh Negeri Perlis dalam khutbah Jumaat hari ini menekankan kepentingan hubungan erat antara pemerintah dan rakyat, bertepatan dengan prinsip ketaatan dalam perkara yang baik serta menjaga kesejahteraan negara.
 
Bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, mimbar Jumaat menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan baginda yang cemerlang dalam memastikan keamanan, kestabilan, serta kemajuan negeri terus terpelihara.
 
Selama 25 tahun di bawah naungan baginda, Perlis terus berkembang sebagai negeri yang sejahtera dengan penerapan nilai Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas pentadbiran. Keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat serta keadilan dalam pemerintahan telah menjadi faktor utama kesejahteraan negeri ini.
 
Khutbah turut menyeru rakyat agar bersama-sama memainkan peranan dalam membangunkan negeri dengan semangat perpaduan dan tanggungjawab. Sebagai tanda kesyukuran, umat Islam digalakkan untuk sentiasa berdoa agar negeri ini terus diberkati serta dipelihara daripada sebarang ancaman.
 
Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk berganding bahu dalam memastikan negeri ini sentiasa berada dalam keadaan makmur dan harmoni. Selain itu, doa turut dipanjatkan agar Allah SWT mengurniakan taufik, kesihatan, serta kekuatan kepada Raja Pemerintah dan seluruh keluarga baginda dalam meneruskan pemerintahan yang adil dan saksama.
 
Mufti Negeri Perlis turut menyampaikan khutbah di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Kuala Perlis.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 725
Semalam 801
Minggu Ini 2224
Bulan Ini 11754

Keseluruhan 3201685

   Masa Capaian : 0.99 saat    Kemaskini :  14/5/2025