• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Program "Jalinan Harmoni" Kukuhkan Persefahaman Antara Agama di Perlis

Program "Jalinan Harmoni" Kukuhkan Persefahaman Antara Agama di Perlis

Bukit Keteri, 16 Februari 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Program Jalinan Harmoni Bersama Pimpinan Agama-Agama Negeri Perlis dengan penyertaan 16 wakil daripada pelbagai persatuan dan komuniti agama di negeri ini. Program yang berlangsung di Surau Teduhan Doa, Bukit Keteri, Perlis ini bertujuan untuk berkongsi mesej berkaitan Islam, menjawab isu-isu kefahaman mengenai agama Islam, serta membina hubungan harmoni antara agama dan bangsa.

Antara peserta yang hadir ialah wakil dari Perlis Buddhist Society, Komuniti Siam Kubang Tiga, Gudwara Sahib, Tokong Sayur, Gereja Baptis, Kuil Arulmigu dan Kuil Sri Maha Mariamman. Kehadiran pelbagai latar belakang agama ini menjadi bukti komitmen bersama dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Perlis.

Dalam ucapan aluannya,  Mufti Negeri Perlis, YBhg. Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin,  menyatakan bahawa Islam meletakkan tanggungjawab kepada umatnya untuk menyampaikan mesej agama ini dengan penuh hikmah dan kasih sayang tanpa memaksa mana-mana pihak untuk mempercayainya.

"Hasrat seorang Muslim adalah untuk menyampaikan ajaran Islam sebagai satu amanah, namun menerima sepenuhnya bahawa tiada paksaan dalam beragama. Prinsip ini menjadi asas kepada keharmonian dan saling menghormati dalam masyarakat berbilang agama," ujar beliau.

Program ini turut menyaksikan sesi dialog terbuka yang memberi peluang kepada peserta untuk bertanya dan berkongsi pandangan dalam suasana yang harmoni. Kerjasama sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan Perlis kekal sebagai negeri yang aman dan bersatu dalam kepelbagaian.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 672
Semalam 801
Minggu Ini 2171
Bulan Ini 11701

Keseluruhan 3201632

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  14/5/2025