• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Memanfaatkan Bumi Allah Yang Subur

Memanfaatkan Bumi Allah Yang Subur
Kangar, 14 Februari 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menyampaikan pesanan berkenaan "Memanfaatkan Bumi Allah Yang Subur".
 
Khutbah yang disampaikan menzahirkan kedukacitaan terhadap segelintir rakyat Negeri Perlis yang tidak memanfaatkan tanah yang dimiliki dengan sebaik-baiknya. Banyak tanah yang dibiarkan kosong dan tidak diusahakan, sedangkan Allah SWT telah menyediakan bumi ini untuk dimanfaatkan oleh hamba-Nya.
 
Khatib turut menyeru agar tanah yang dimiliki dimanfaatkan dengan pelbagai cara, antaranya dengan menanam sayur-sayuran yang mudah dijaga dan memberikan hasil dalam tempoh singkat. Selain itu, pemilik tanah juga boleh menanam pokok buah-buahan yang memberikan hasil jangka panjang. Penanaman herba turut digalakkan kerana dapat dimanfaatkan untuk kegunaan harian dan kesihatan.
 
Khatib juga memberi galakan kepada sidang Jumaat bahawa pertanian dan penanaman bukan sekadar untuk keuntungan duniawi sahaja, tetapi sebagai suatu bentuk ibadah yang membawa ganjaran di hari akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa menanam bukan sekadar memenuhi keperluan harian, tetapi juga satu bentuk ibadah yang membawa pahala besar di sisi Allah SWT. Oleh itu, janganlah kita menjadi orang yang malas, lalai, dan membiarkan peluang yang ada berlalu begitu sahaja.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 648
Semalam 801
Minggu Ini 2147
Bulan Ini 11677

Keseluruhan 3201608

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  14/5/2025