• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Majlis Penghargaan Kerjasama Perlis International Sunnah Convention 2025

Majlis Penghargaan Kerjasama Perlis International Sunnah Convention 2025
Bukit Keteri, 13 Februari 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Penghargaan atas kerjasama menjayakan Perlis International Sunnah  Convention 2025 yang berlangsung pada 24 hingga 27 Januari 2025 di kediaman rasmi Mufti Negeri Perlis. Program ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu keagamaan semasa, memperkukuhkan ukhuwah antarabangsa, dan mempromosikan Negeri Perlis sebagai pusat ilmu yang unggul.
 
Majlis ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan semua pihak yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan program tersebut.
 
Mufti Negeri Perlis, dalam ucapannya, menzahirkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir. Beliau memuji semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat, dengan berkata, "Usaha Dari semua pihak dan kerjasama kita ibarat satu keluarga inilah yang menjadi kunci kejayaan kita. " Beliau menyatakan bahawa penganjuran program bertaraf antarabangsa bukanlah suatu tugas yang mudah, namun, kerjasama erat daripada pelbagai agensi telah memastikan kelancaran program tersebut.
 
Beliau turut menegaskan bahawa semangat kekeluargaan di Negeri Perlis amat penting, di mana semua pihak saling memerlukan dan menyokong antara satu sama lain. Beliau menekankan bahawa tujuan utama setiap usaha adalah untuk mencari reda Allah melalui pekerjaan yang dilakukan.
 
Antara agensi yang hadir pada majlis tersebut ialah wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, RELA, Perlis Property Sdn. Bhd., KPJ Perlis, barisan sukarelawan, serta beberapa agensi berkaitan.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.48 saat    Kemaskini :  26/9/2025