• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mimbar Jumaat Negeri Perlis: Larangan Membuat Binaan Di Atas Kubur

Mimbar Jumaat Negeri Perlis: Larangan Membuat Binaan Di Atas Kubur

Kangar, 10 Januari - Umat Islam di Negeri Perlis diingatkan agar tidak membuat sebarang binaan di atas kubur. Peringatan penting ini disampaikan melalui khutbah kedua di dalam Khutbah Jumaat di seluruh masjid di negeri ini. Peringatan ini sejajar dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis berkenaan hukum binaan di atas kubur. 

Khatib menjelaskan bahawa kubur adalah tempat untuk mengingatkan manusia tentang kematian dan hari akhirat, bukan untuk dihias dengan binaan indah atau dijadikan lambang kebanggaan. Islam melarang keras sebarang binaan yang berlebihan di kawasan perkuburan kerana ia bertentangan dengan prinsip kerendahan hati dan menghindari sikap sombong.

"Hanya dibenarkan satu atau dua batu nisan di kubur. Sebarang tambahan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan," tegas khatib, merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan dalam fatwa negeri.

Khutbah Jumaat turut menekankan bahaya menjadikan kubur sebagai tempat pemujaan, satu amalan yang boleh membawa kepada syirik. Syirik adalah dosa besar yang menghapuskan amalan baik dan menyebabkan azab pedih di akhirat kelak.

Dengan penyampaian mesej ini, mimbar Jumaat berharap agar umat Islam di Negeri Perlis terus menjaga kesucian dan kesederhanaan dalam amalan berkaitan kubur, sejajar dengan ajaran agama yang sebenar.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 268
Semalam 366
Minggu Ini 1825
Bulan Ini 2516

Keseluruhan 3127283

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  03/2/2025