• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mesyuarat Perlis International Sunnah Convention : Gerak Kerja Jitu

Mesyuarat Perlis International Sunnah Convention : Gerak Kerja Jitu
 
Kangar, 9 Januari – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Mesyuarat Induk Perlis International Sunnah Convention 2025. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Gerakan Perseketuan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula jam 9.30 Pagi. 
 
Program ini akan diadakan di Dewan Wawasan 2020 bermula 24sehingga 27 Januari 2025 bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam. Program Perlis International Sunnah Convention merupakan cetusan idea daripada Mufti Negeri Perlis dan telah dianjurkan buat pertama kali di peringkat antarabangsa pada 27 dan 28 Januari 2024 yang lalu. 
 
Antara tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan gerak kerja dengan lebih jelas dan teratur dari semua agensi yang terlibat.  Antara agensi yang turut hadir ialah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, pihak SWCorp, pihak Rela, NGO dan selainya. 
 
SS. Mufti Negeri Perlis juga menyatakan bahawa penganjuran yang besar ini akan membawa kepada pembangunan ekonomi masyarakat khusus Negeri Perlis. Dengan kehadiran tetamu dari pelbagai negara, diharapkan rakyat Perlis mendapat manfaatnya. Menurut beliau semua agensi yang terlibat perlu membuat persediaan yang lebih baik berbanding program yang lepas. 
 
Perlis International Sunnah Convention ini dijangkakan akan dihadiri oleh 10,000 orang lebih dari pelbagai negara. Besar harapan agar program sebegini menjadi salah satu wadah untuk menjadikan Negeri Perlis sebagai negeri ilmu berpusatkan pengajian dan penyebaran ilmu yang berteraskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 680
Semalam 885
Minggu Ini 1565
Bulan Ini 15117

Keseluruhan 3152626

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  17/3/2025