• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Jamek Beseri: Pencerahan Ilmu dan Azam Baru

Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Jamek Beseri: Pencerahan Ilmu dan Azam Baru

Perlis, 7 Januari - Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Program Ziarah yang diadakan di Masjid Jamek Beseri, Perlis, selepas solat Maghrib. Program ini menampilkan kuliah khas yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.

Dalam kuliah tersebut, SS Dato' Mufti menekankan kepentingan mencari ilmu agama serta mengamalkannya secara istiqamah. Beliau juga mengingatkan para hadirin agar tidak bertangguh dalam melaksanakan amal soleh, kerana setiap peluang yang ada adalah anugerah dari Allah.

Selain itu, SS Dato' Mufti turut menyentuh isu keburukan merokok yang menjadi cabaran besar dalam masyarakat. Beliau mengingatkan bahawa merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah ia merupakan tegahan agama. Oleh itu, digalakkan untuk menjadikan azam tahun baru sebagai titik tolak meninggalkan tabiat buruk ini dan berusaha menjalani kehidupan yang lebih sihat dan diberkati.

Program ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat, yang hadir bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga untuk merapatkan ukhuwah sesama Muslim. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat terus dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai usaha memperkukuh kefahaman agama dan menggalakkan perubahan positif dalam masyarakat.

Turut diadakan pada majlis tersebut, forum dan sesi soal jawab bersama YBhg. SS Dato Mufti Perlis. Forum ini telah dipengerusikan oleh YBhg.Ustaz Ahmad Hafiz Bin Jaafar, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Semoga usaha murni ini diberkati dan diteruskan demi manfaat ummah secara keseluruhan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 709
Semalam 885
Minggu Ini 1594
Bulan Ini 15146

Keseluruhan 3152655

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  17/3/2025