• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Tahun Yang Berlalu Seiring Bergantinya Umur

Tahun Yang Berlalu Seiring Bergantinya Umur

27 Disember 2024, Kangar - Pada penghujung tahun 2024, khutbah Jumaat Negeri Perlis minggu ini mengingatkan pentingnya meneruskan perancangan dan usaha dengan penuh tekad serta keikhlasan, menjadikan setiap pekerjaan sebagai ibadah yang mendatangkan keredhaan Allah SWT.

Khutbah juga menekankan kepentingan bermuhasabah atas kelemahan lalu, memperbaiki diri, dan memanfaatkan peluang tahun baru untuk hidup lebih bermakna. Umur yang semakin bertambah adalah nikmat dan amanah, sekaligus peringatan bahawa kematian semakin mendekat.

Sidang jemaah diseru untuk menjadikan dunia sebagai ladang amal, menabur benih kebaikan demi hasil di akhirat kelak. Allah SWT mengingatkan dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan perhatikanlah apa yang telah kamu sediakan untuk hari esok (akhirat)."

Pada akhir khutbah juga para khatib turut menyeru pada sidang Jemaah sekalian untuk menjadikan tahun baru yang bakal menjelma sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh niat yang benar, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar setiap perancangan serta gerak kerja yang kita lakukan menjadi ibadah yang diredhai oleh Allah SWT. Kejayaan yang hakiki adalah kejayaan memperolehi keredhaan Allah SWT di dunia dan di hari akhirat kelak.

Mesejnya jelas, kejayaan hakiki adalah mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.33 saat    Kemaskini :  26/9/2025