• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Agensi Agama Di Perlis Perlu Menjaga Imej – Raja Muda Perlis

Agensi Agama Di Perlis Perlu Menjaga Imej – Raja Muda Perlis

Demi memastikan kemajuan berterusan agensi-agensi agama di negeri Perlis maka warganya mestilah sentiasa menjaga nama baik serta imej jabatan atau agensi dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta menekankan nilai integriti, profesionalisme, dan perkhidmatan yang cemerlang kepada ummah.

Jadilah contoh dan rujukan dalam kehebatan urus tadbir serta tatakelola, sama ada di peringkat tempatan atau global.

Mereka juga hendaklah bersatu padu mendokong hasrat MAIPs, khususnya dalam melaksanakan titah 7 Amanat DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dengan penuh komitmen dan kesungguhan.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penutup Sukan Antara Institusi Agama Negeri Perlis (SUKIPs) Tahun 2024’ yang diadakan di Guar Jentik, Beseri.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antara sukan yang dipertandingkan sepanjang tahun ini adalah badminton, catur, tenpin bowling, bola tampar, sepak takraw, woodball, ping pong dan bolasepak 7 sebelah kesemuanya melibatkan 23 kategori pingat.

Manakala untuk majlis penutup pelbagai acara sukaneka diadakan termasuklah tangkap itik, penalti ‘back heel’ dan bowling nyiur.

Tuanku Raja Muda mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah bertanding dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan SUKIPs 2024.

Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada pelbagai program bermanfaat pada masa hadapan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) muncul jusra keseluruhan pada kali ini manakala MAIPs memenangi Kejohanan woodball.

Untuk rekod, penganjuran SUKIPs bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh warga institusi agama di Perlis dan menjadi medan memperkukuhkan ukhuwah. Acara ini juga menjadi platform untuk menyemai sinergi yang lebih erat antara institusi agama.

 Sumber : Suara Merdeka 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.65 saat    Kemaskini :  26/9/2025