FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

Doa Musafir 

(Oleh : Ustazah Nor Faezah binti Hassan (Pegawai Isnad)

 

              Alhamdulillah, kini kerajaan telah pun memberikan kelonggaran kepada semua rakyat Malaysia untuk merentas negeri tanpa perlu mendapatkan keizinan daripada Polis Diraja Malaysia. Rata-rata, rakyat Malaysia telah pun kebanyakannya sudah mengatur perjalanan ke destinasi yang ingin mereka tujui setelah berbulan-bulan lamanya tidak bermusafir. Akan tetapi perlu kita ingati, dalam pada kita bergembira menikmati permusafiran, hendaklah kita mengiringi permusafiran kita dengan bacaan doa yang telah diajarkan oleh Nabi Saw ketika musafir agar kita sentiasa dirahmati dan dijaga oleh Allah SWT.

Sayangnya Nabi saw, dalam permusafiran sekali pun, tetap diberikan garis panduan agar perjalanan atau kepenatan kita semasa bermusafir akan sentiasa membuahkan pahala. Terdapat beberapa doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila seseorang itu ingin bermusafir. Antaranya adalah seperti di bawah ini:

Daripada Ibn Umar RA berkata:

 

،أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ

 

، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا

 

، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

 

،اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى

 

،وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا

 

،وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ

 

،وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ 

 

.وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

 

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” [Riwayat Muslim (1342)].

Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini menunjukkan sunat memulakan permusafiran dengan membaca doa ini. Dan telah banyak zikir-zikir dan doa-doa berkaitan permusafiran ini yang mana aku telah himpunkannya di dalam kitab al-Azkar. Maksud “وَعْثَاءِ” adalah kesukaran dan keperitan. Manakala “كَآبَةِ” bermaksud berubahnya diri seseorang itu kepada kesedihan atau seumpama dengannya dan maksud “الْمُنْقَلَبِ” pula adalah perubahan (yang buruk pada harta dan keluarga).” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 111/9]

Mudah-mudahan, sekiranya seseorang hamba itu membaca doa ini ia akan dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan. Di samping, Allah SWT akan menjauhkan dirinya daripada perkara yang menyedihkan.

Justeru, sama-samalah kita mengamalkan doa ini sebelum memulakan perjalanan, kerana padanya terkandung rintihan seorang hamba agar Allah SWT akan sentiasa menjaga baginya akan setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini terutama ahli keluarga serta hartanya.