Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis bertanggungjawab untuk menyediakan fatwa atau pandangan hukum syariah dalam perkara agama dan isu semasa bagi masyarakat Negeri Perlis. Ia juga bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan terhadap sesuatu serta penwartaan fatwa.
FUNGSI BAHAGIAN FATWA
Mengeluarkan fatwa - Menguruskan dan mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Penyelidikan hukum untuk kajian pengeluaran fatwa - Membuat kajian fatwa dan mengurusetiakan mesyuarat Panel Syariah Negeri Perlis.
Pewartaan fatwa - Menguruskan proses pewartaan sesuatu fatwa yang telah diputuskan
Penerangan kefahaman Fatwa / Hukum - Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti penerangan fatwa
Memberi nasihat - Menyediakan khidmat nasihat dan penjelasan fatwa / hukum
Penerbitan khutbah dan bahan ilmiah - Menguruskan dan menerbitkan bahan-bahan ilmiah dan teks khutbah