Rezeki Yang Diberkati Dan Cara Memperolehinya

Rezeki Yang Diberkati Dan Cara Memperolehinya

22 November 2024 : Mimbar Jumaat pada hari ini menyeru umat Islam untuk mendapatkan rezeki yang diberkati Allah. Beberapa panduan berkenaan bagaimana memperolehi rezeki yang diberkati telah disampaikan oleh khatib seluruh Negeri Perlis.

Bertakwa kepada Allah SWT. Takwa adalah asas utama untuk kita memperolehi rezeki yang diberkati. Allah SWT berjanji bahawa sesiapa yang bertakwa, Dia akan menyediakan jalan keluar bagi segala kesulitan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Selain itu, umat Islam hendaklah sentiasa  berdoa dan bertawakal. Iaitu benar-benar bergantung harapan kepada Allah SWT.

Khatib juga memperingatkan berkenaan tanggungjawab untuk bekerja dengan jujur dan amanah Keberkatan rezeki terhasil daripada usaha yang jujur dan amanah. Orang yang bekerja dengan ikhlas dan menjauhi tipu daya akan diberkati oleh Allah SWT.

Umat Islam juga dituntut untuk bersedekah dan sentiasa bersyukur atas nikmah rezeki yang Allah kurniakan serta sentiasa menjaga hubungan silaturahim sesama kaum kerabat. 

Rezeki yang diberkati bukan sahaja membawa ketenangan hidup di dunia tetapi juga kebahagiaan di akhirat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 280
Semalam 1482
Minggu Ini 280
Bulan Ini 40278

Keseluruhan 3650318

   Masa Capaian : 0.97 saat    Kemaskini :  22/5/2026