Tausiyah Maghrib Ilmuwan Nusantara di Masjid Alwi Perkukuh Silaturahim Ilmu Serantau

Tausiyah Maghrib Ilmuwan Nusantara di Masjid Alwi Perkukuh Silaturahim Ilmu Serantau

KANGAR, 14 November 2024* – Masjid Alwi di Kangar, Perlis, menjadi saksi pertemuan ilmuwan tersohor Nusantara dalam acara Tausiyah Maghrib Ilmuwan Nusantara, malam ini selepas solat Maghrib. 

Program ini menampilkan 14 ahli panel ulama, akademik, dan pemikir dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, dan Vietnam, yang berkongsi pandangan serta menekankan kepentingan menjaga keseimbangan antara ilmu, adat, dan agama di rantau Nusantara.

Majlis ini  telah menyatukan para ilmuwan dan cendekiawan terkemuka dari serata Nusantara dalam satu majlis penuh ilmu dan inspirasi.

Majlis yang bermula selepas solat Maghrib ini dihadiri panelis dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, dan Vietnam, yang bersama-sama membincangkan kepentingan ilmu, adat, dan agama dalam membentuk masyarakat serantau yang harmoni.

Antara tokoh utama dalam majlis ini ialah Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; Prof. Dr. Ismail Lutfi Japakiya, Rektor Universiti Fatoni, Thailand,  Prof. Emeritus Dato’ Dr. Johari Mat dari Malaysia, serta Dr. K.H. Nashirul Haq Marling, Ketua Umum Hidayatullah, Indonesia. 

Setiap panelis menyampaikan pandangan bernas mengenai cara menjaga keseimbangan antara adat dan agama dalam landskap budaya masing-masing.

Majlis ini turut disertai ilmuwan lain seperti Prof. Dr. H. Saidul Amin (Naib Canselor, Universiti Muhammadiyah Malaysia), Dr. Rahmat Abdul Rahman (Indonesia), dan Dr. Hosen Mohamad Farid (Kemboja), yang menyumbangkan perspektif dari negara masing-masing. Diskusi yang penuh hikmah ini menjadi medan perkongsian ilmu yang kaya dan mengukuhkan persaudaraan serantau.

Program ini diadakan dengan sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan turut disiarkan secara langsung, membolehkan penonton di seluruh dunia menikmati wacana ilmiah ini secara dalam talian.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1714
Semalam 2308
Minggu Ini 18554
Bulan Ini 20468

Keseluruhan 3533075

   Masa Capaian : 1.02 saat    Kemaskini :  08/3/2026