Perlis Sambut Ketibaan Delegasi Nusantara: Persidangan Majlis Ilmuwan 2024 Rai Kecemerlangan Ilmu Serantau

Perlis Sambut Ketibaan Delegasi Nusantara: Persidangan Majlis Ilmuwan 2024 Rai Kecemerlangan Ilmu Serantau

KANGAR, 13 November 2024* – Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara Kali Kedua yang bertemakan "Imbangan Antara Adat dan Agama" telah membuka tirainya hari ini di Perlis. Mengambil tempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri, persidangan yang berlangsung dari 13 hingga 15 November ini menyatukan cendekiawan dan ilmuwan dari Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan Thailand untuk membincangkan isu keseimbangan antara adat budaya dan agama dalam masyarakat Nusantara.

Majlis sambutan rasmi yang diadakan menyambut kedatangan delegasi ini mencerminkan semangat persahabatan antara negara-negara serantau. Sepanjang tiga hari persidangan, pelbagai sesi pembentangan, perbincangan panel, dan bengkel akan dilaksanakan, dengan fokus kepada cabaran dan peluang dalam memelihara adat serta menjaga kesucian ajaran agama.

Ini merupakan penganjuran kali kedua persidangan ini, setelah kejayaan edisi pertama pada Februari lalu.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1596
Semalam 1740
Minggu Ini 1596
Bulan Ini 26760

Keseluruhan 3636800

   Masa Capaian : 1.34 saat    Kemaskini :  15/5/2026