• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Warga PDRM Perlis: "Menyemai Ilmu Melalui Ceramah Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Warga PDRM Perlis: "Menyemai Ilmu Melalui Ceramah Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Kangar, 2 Oktober 2024 – Program ceramah bertajuk Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah telah diadakan khusus untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis bertempat di Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai prinsip-prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan anggota PDRM.

Ceramah utama telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Prof.  Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, yang menekankan kepentingan memahami asas-asas agama mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah, khususnya dalam menghadapi cabaran ideologi masa kini. Beliau mengingatkan bahawa dalam menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan, pegangan akidah yang benar amat penting untuk membentuk keperibadian yang berintegriti dan berkhidmat dengan ikhlas.

SS Mufti juga menekankan tentang peri pentingnya warga PDRM tidak mudah terpengaruh dengan fahaman ekstrem atau ajaran yang menyeleweng daripada akidah yang sahih. Dalam sesi soal jawab yang diadakan, beberapa isu berkaitan pegangan akidah dan cabaran yang dihadapi oleh anggota PDRM dalam konteks tugas mereka turut dibincangkan dengan mendalam. Mufti Negeri Perlis juga, turut menekan berkenaan tujuan beragama, menyelamatkan manusia dunia dan akhirat. Agama yang diredhai Allah adalah Islam dan selainnya tertolak.  

Sesungguhnya ketaatan kepada baginda adalah ketaatan kepada Allah. Penderhakaan kepada baginda adalah penderhakaan kepada Allah. Ini kerana baginda adalah penyampai risalah Allah. Allah tidak wafatkan baginda melainkan setelah disempurnakan Agama Islam yang diturunkan kepada kita melalui baginda. Baginda telah menyampaikannya dengan terang dan nyata.

Program ceramah ini merupakan inisiatif bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan PDRM Kontinjen Perlis, yang bertujuan untuk membimbing anggota keselamatan supaya mempunyai pegangan agama yang kukuh, di samping memperkasa akhlak dan jati diri mereka dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

Hadirin yang terdiri daripada pegawai kanan serta anggota PDRM memberikan maklum balas positif dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan warga PDRM sentiasa di landasan yang betul dari segi pegangan agama.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH Tuan SAC Baderulhisham Bin Baharudin dan YDH Tuan ACP Azizan Bin Hj Tukiman, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kangar.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1080
Semalam 2431
Minggu Ini 3511
Bulan Ini 35684

Keseluruhan 2959486

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  14/10/2024