• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Cintai Sunnah, Cintai Kebersihan

Cintai Sunnah, Cintai Kebersihan

Perlis, 27 September 2024 – Khutbah Jumaat di seluruh masjid di Negeri Perlis hari ini bertemakan 'Membudayakan Sunnah Menjaga Kebersihan Diri', dengan fokus utama terhadap amalan kebersihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam khutbah tersebut, ditekankan beberapa cara membersihkan diri mengikut sunnah Rasulullah SAW, antaranya :

Salah satu sunnah yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah membersihkan gigi dengan siwak, terutama sebelum solat, ketika hendak tidur dan setelah bangun tidur. Ini bukan sahaja menjaga kebersihan mulut dan gigi, tetapi juga merupakan amalan yang disukai Allah SWT.

Khutbah minggu ini turut menyatakan saranan Rasulullah SAW  agar memotong kuku, mencukur misai, dan merapikan rambut secara berkala untuk memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga. Oleh itu, bukanlah seorang muslim yang baik jika seseorang itu sentiasa kelihatan tidak terurus, kotor, berbau serta serabut sehingga kawan-kawan dan masyarakat yang ada di sekelilingnya merasa tergangu dan tidak selesa.

Selain itu, dalam banyak riwayat, Rasulullah SAW juga menganjurkan memakai wangi-wangian, terutama ketika pergi ke masjid atau menghadiri majlis, sebagai tanda menjaga kebersihan dan penampilan yang baik.

Khatib turut mengingatkan bahawa menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab umat Islam dalam kehidupan harian. Ini bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membersihkan jiwa dan membina akhlak yang mulia. 

Dengan mempraktikkan sunnah-sunnah ini, umat Islam bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga berperanan dalam membina masyarakat yang bersih, sihat, dan sejahtera. Khutbah diakhiri dengan seruan agar jemaah terutamanya masyarakat di Negeri Perlis agar meneruskan amalan kebersihan diri secara konsisten sebagai sebahagian daripada ibadah dan kehidupan seharian.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1223
Semalam 2431
Minggu Ini 3654
Bulan Ini 35827

Keseluruhan 2959629

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  14/10/2024