6 September 2024 : Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengangkat tema khutbah jumaat berkenaan “Maksud Syahadah Muhammad Itu Rasulullah”. Sebagaimana yang telah diketahui Bulan Rabiul awal telah dipilih sebagai bulan Pendidikan Sirah Rasulullah sejak tahun 2023 yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perlis.
Antara inti yang penting dalam khutbah yang disampaikan adalah berkenaan kewajipan kita meyakini kebenaran baginda dalam semua perkara yang baginda beritahu, sama ada perkara itu yang telah berlalu, atau yang akan datang. Demikian juga mengakui benar apa sahaja yang baginda halalkan atau haramkan. Selepas itu, menjadi tanggungjawab kita melaksanakan apa yang baginda perintah dan meninggalkan apa yang baginda larang. Mengikuti syariat baginda, beriltizam dengan sunnah baginda, serta redha dengan apa yang baginda telah putuskan.
Tugasan kita terhadap Rasulullah SAW adalah mengikut dengan penuh kasih agama yang telah dibawa oleh baginda untuk kita. Kita dilarang mengada-adakan perkara-perkara baru dalam amalan agama yang tidak diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Ini kerana hanya baginda yang menerima wahyu daripada Allah SWT.
Jabatan Mufti Negeri Perlis mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan program-program yang berunsurkan pendidikan terutamanya pada Bulan Rabiul awal.
Bulan Rabiulawal merupakan bulan yang padanya terkandung peristiwa-peristiwa besar dalam kehidupan Rasulullah SAW. Pada bulan ini Baginda Rasulullah SAW dilahirkan, pada bulan ini juga Nabi SAW berhijrah ke kota Madinah dan pada bulan ini juga berlakunya peristiwa kefawatan Baginda Nabi SAW.