Sikap Malas: "Kunci Menuju Kegagalan"

Sikap Malas: "Kunci Menuju Kegagalan"

26 Julai 2024 : Khutbah Negeri Perlis minggu ini yang bertajuk "Adab-adab Berbicara Menurut Islam" turut memfokuskan pada bahaya sikap malas dan impaknya terhadap kejayaan hidup seseorang.

Khatib menjelaskan sikap malas sebagai kekurangan motivasi atau keengganan untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab penting.

Sikap malas akan  mengakibatkan kegagalan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kerjaya dan hubungan sosial. Ini juga boleh menyebabkan kehilangan peluang dan menjejaskan reputasi.

Khatib  turut menyarankan agar umat Islam membangunkan disiplin diri dengan mengatur jadual dan menetapkan matlamat. Mengambil tindakan segera dan menyelesaikan tugas tanpa menunda.Mencari motivasi melalui matlamat jangka panjang dan pendek.
 
Umat Islam turut diperingatkan  tentang pentingnya mengatasi sikap malas untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan. Doa ditutup dengan harapan agar umat diberikan kekuatan dan ketekunan dalam menghadapi segala cabaran.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 954
Semalam 2136
Minggu Ini 10429
Bulan Ini 21172

Keseluruhan 3631212

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  15/5/2026