Perlis Tangguh Bacaan Qunut Nazilah Dalam Solat 5 Waktu

Perlis Tangguh Bacaan Qunut Nazilah Dalam Solat 5 Waktu

15 Julai 2024 – Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui surat edaran kepada Imam-Imam Masjid Negeri Perlis (MUFTI.Ps 351/303 (64) telah mengarahkan untuk ditangguhkan bacaan Qunut Nazilah dalam solat lima waktu di Negeri Perlis. 

Dalam surat tersebut menyatakan “setelah hampir setahun Qunut Nazilah dilaksanakan, Jabatan ini berpendapat untuk ditangguhkan perlaksanaan tersebut sehingga ke suatu waktu yang dimaklumkan nanti. Ia tidak dilaksanakan dalam semua solat termasuk solat subuh. Walaupun tiada Qunut Nazilah, namun kita boleh sentiasa mendoakan keselamatan dalam pertolongan Allah buat saudara muslim di palestin”.

Semua imam di Negeri Perlis wajib mengikuti arahan seperti mana yang termaktub dalam Garis Panduan Masjid dan Surau Negeri Perlis. 

Surat arahan tersebut telah diedarkan oleh pihak JAIPs kepada imam-imam Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 77
Semalam 2299
Minggu Ini 77
Bulan Ini 21130

Keseluruhan 3533737

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  08/3/2026