• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Pupuk Kefahaman

 Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Pupuk Kefahaman
9 Julai 2024 – Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,  telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis. 
 
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 9  hingga 11 Julai 2024 bakal diisi dengan slot pembentangan Hadis 40 Imam Nawawi. Turut serta dalam sessi pembentangan ialah Mufti Negeri Perlis, Tn. Hj. Zamri Zainal Abidin (YADIM), serta pensyarah dari institusi pengajian tinggi seperti Kolej Universiti Islam Perlis, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Mufti Negeri Pulau Pinang.
 
Daurah kali ini juga telah diserikan dengan slot Santai Bersama YB. Fadhlina Sidek sebagi Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada guru-guru untuk merealisasikan objektif terhadap Daurah Hadis 40 Imam Nawawi. 
 
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutarakan inisiatif melalui KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerbitkan semula himpunan Hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah bagi membolehkan penghayatan hadis 40 ini bermula di peringkat sekolah lagi.
 
Seramai 250 peserta terdiri daripada Panel Penggubal Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Edisi Kedua, Jurulatih Utama Negeri dan Penyelaras Hadis 40 Negeri.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 167
Semalam 1955
Minggu Ini 167
Bulan Ini 47908

Keseluruhan 2697684

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  19/7/2024