• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Buku“Majmuk’ Syarif” Tidak Sahih Daripada Nabi SAW

Buku“Majmuk’ Syarif” Tidak Sahih Daripada Nabi SAW
5 Julai 2024: Khutbah Jumaat pada hari ini memperingatkan kepada umat Islam khususnya rakyat Negeri Perlis agar berhati-hati dalam menyebarkan maklumat terutamanya berkaitan dengan hadis. Ditakuti hadis tersebut adalah hadis palsu. 
 
Hadis palsu adalah;“Hadis yang direka atau dicipta lalu disandarkan ia di atas nama Nabi SAW secara dusta sama ada berbentuk ucapan, perbuatan dan iqrar Nabi SAW sedangkan ia tidak pernah datang daripada Nabi SAW”.
 
Menyebarkan sesuatu maklumat dengan cara berdusta di atas nama Nabi SAW boleh memberi kesan yang buruk kepada umat Islam dan diancam dengan ancaman yang keras. 
 
Ertinya;“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
 
Dalam khutbah tersebut juga turut diingatkan agar berhati-hati dengan sebuah buku kecil yang telah tersebar, yang dinamakan sebagai“Majmuk’ Syarif”. Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya beberapa fadilat surah-surah daripada al-Quran, doa doa dan zikir-zikir. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalam buku“Majmuk’ Syarif” ini tidak sahih dari Nabi SAW. Hadis-hadis tentang fadilat fadilat tesebut adalah hadis palsu.
 
Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk membela serta menjaga nama baginda Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan ke atas dirinya oleh golongan yang  tidak bertanggungjawab.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 132
Semalam 1955
Minggu Ini 132
Bulan Ini 47873

Keseluruhan 2697649

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  19/7/2024