• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kunjungan Hormat Duta Besar Sweden dari Kedutaan Sweden Di Malaysia Bersama Dato' Mufti Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Duta Besar Sweden dari Kedutaan Sweden Di Malaysia Bersama Dato' Mufti Negeri Perlis

1 Julai 2024


Perlis – Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Prof. Arif Perkasa Dato' Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Sweden ke Malaysia, HE Dr Joachim Bergström yang bakal menamatkan tugasnya di Malaysia. Kunjungan ini disifatkan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan Duta Besar Sweden sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Malaysia.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, Duta Besar Sweden menyampaikan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan kerja sama yang diberikan oleh selama perkhidmatan beliau di Malaysia terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan antara dua negara.


SS Dato' Mufti Negeri Perlis menyatakan rasa terima kasih beliau atas kunjungan hormat ini dan menekankan kepentingan dialog antara agama dalam usaha mempromosikan persefahaman dan kerjasama yang lebih erat. Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran dan perkhidmatan Duta Besar Sweden di Malaysia telah meninggalkan impak yang positif dan berharap agar hubungan persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan.


Selain itu, beberapa perkara penting juga turut dibincangkan di dalam pertemuan tersebut antaranya termasuklah, perbincangan mengenai peluang kerjasama antara Perlis dan Sweden terutamanya dalam pendidikan dan kebudayaan. Kedua-dua pihak juga mengambil kesempatan untuk saling bertukar pandangan mengenai toleransi dalam beragama serta jalan untuk meningkatkan pemahaman dan toleransi antara masyarakat yang berbeza agama. Mereka turut membincangkan inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk memperkukuhkan perpaduan antara di Malaysia dan Sweden.


Turut hadir meraikan, Ketua Pegawai Eksekutif Maips, YBrs Tuan Haji Mohd Nazim b Haji Mohd Noor. Kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda kenangan dan persahabatan antara Duta Besar Sweden di Malaysia dan SS Dato' Mufti Negeri Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 177
Semalam 1955
Minggu Ini 177
Bulan Ini 47918

Keseluruhan 2697694

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  19/7/2024