Umat Islam Di Negeri Perlis Dilarang Untuk Membuat Binaan Di Atas Kubur

Umat Islam Di Negeri Perlis Dilarang Untuk Membuat Binaan Di Atas Kubur

21 Jun 2024- Jumaat : Khutbah minggu ini mengingatkan agar seluruh  Umat Islam di Negeri Perlis agar tidak membuat sebarang binaan di atas kubur.

Perkara  ini telah diwartakan melalui keputusan fatwa, mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan Negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan, iaitu: "Hukum membuat binaan di atas kubur adalah dilarang/tidak dibolehkan ".

Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa kubur adalah suatu tempat yang akan mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat, bukan suatu tempat untuk dibuat binaan dan dihiasi dengan begitu indah dan cantik serta dijadikan sebagai suatu kebanggaan dan kesombongan.

Demikian juga kubur bukan tempat untuk dimuliakan sehingga boleh menyebabkan manusia taksub kepada kubur serta melakukan perbuatan khurafat dan syirik.

Dalam teks berkenaan juga turut dimasukan dalil tentang larangan tersebut.

“Ertinya:“Rasulullah SAW melarang tajsis (plaster dengan kapur) kubur, duduk atasnya dan membuat binaan atasnya”. (Riwayat Muslim).
 
Perkara berkaitan larangan membuat binaan di atas kubur ini telah disebarluas melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis dan pihak JAIPs juga telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 8 April 2024 kepada pengerusi jawatankuasa kariah  untuk memastikan pematuhan ini diikuti dengan sebaiknya seperti yang termaktub dalam warta.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2858
Semalam 2166
Minggu Ini 5024
Bulan Ini 45022

Keseluruhan 3655062

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  26/5/2026